Pada 12 Ogos 2012, bertempat di Bilik Mesyuarat Penjara Sg. Petani, PERSIAP Penjara Sg. Petani dengan sukacitanya memberi sumbangan hari raya kepada semua kakitangan Penjara Sg. Petani. Sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi PERSIAP Penjara Sg. Petani iaitu Puan Bandiah binti Hj Jamil kepada Pengarah Penjara Sg. Petani PKP Mohd Muslih Bin Mahmud Pada hari yang sama Pengerusi PERSIAP Penjara Sg. Petani turut memberi duit raya kepada kakitangan taska dan anak-anak taska Penjara Sg. Petani. Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk bersama-sama menambahkan lagi tautan kasih dikalangan kakitangan penjara dan kakitangan taska Penjara Sg. Petani.