Pada 3 Ogos 2012 jam 10.00 pagi, YBhg Datin Norriza Binti Mohamed selaku Ketua Biro Hal Ehwal Ahli Bersekutu PERSIAP bersama beberapa orang Ahli Bersekutu telah menziarahi ahli-ahli bersekutu yang mengalami masalah kesihatan. Lawatan dibuat ke rumah Sjn W325 Normah binti Omar yang menghidap strok, Sjn W66 Rosnah binti Yusuf menghidap kencing manis dan Sjn W85 Rosnah binti Mohd Nor yang lumpuh. Lawatan turut dibuat ke rumah SM W61 Asinah binti Mohd Salleh seorang ibu tunggal. YBhg Datin Norriza juga turut menyampaikan sumbangan kepada kepada mereka sebagai tanda keprihatinan di atas penderitaan mereka walaupun selepas bersara.