Berita & Peristiwa 2012 Kempen Hidup Sihat Tanpa Kolestrol

Pada hari Jumaat bertarikh 13.7.2012, PERSIAP Penjara Jelebu telah mengadakan kempen hidup sihat tanpa kolestrol yang telah diadakan di Rumah Kelab Penjara Jelebu. Kempen ini bermula pada jam 5.00 petang dengan dikendalikan oleh Chef Mohd Azzarudin b. Abd Aziz daripada Dapur Sihat Consultant, Selangor.

Kempen ini dimulakan dengan penerangan daripada Chef Azzarudin berkaitan kadar kolestrol di kalangan masyarakat melayu di Malaysia yang amat tinggi. Chef Azzarudin juga turut berkongsi maklumat bagaimana kita dapat mengurangkan kadar kolestrol yang tinggi dalam kehidupan kita seharian melalui masakan.

Justeru itu, chef telah menyediakan beberapa masakan rendah kolestrol untuk semua ahli Persiap yang hadir. Antara masakannya adalah kuih cara manis, roti jala dan ayam masak grill. Selain itu, ahli Persiap yang hadir juga telah diberikan petua dan tips-tips untuk memasak masakan yang rendah kolestrol tetapi tetap dapat membuka selera ahli keluarga.

Sebelum majlis berakhir, Naib Pengerusi Persiap, Puan Siti Rafidah bt Mohd Taib telah menyampaikan cenderamata kepada Chef Azzarudin. Jamuan ringan juga disediakan kepada ysemua ang hadir dan majlis ini berakhir pada jam 7.00 petang.

 

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan