Pada 6 Julai 2012, Puan Shakirah binti Jusoh, Pengerusi PERSIAP Cawangan IPPM/MPM dan Puan Jaliah binti Md. Dahan bersama ahli PERSIAP Penjara Sarawak telah mengadakan lawatan ke Kilang Kek Lapis Dayang Salhah di Demak Bako, Kuching. Rombongan telah dibawa untuk melihat sendiri bagaimana adunan kek lapis disediakan dan seterusnya dibakar. Pada sebelah petang rombongan telah melawat ahli PERSIAP Sabah yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak semasa menjalani kursus di Kuching.
Pada 7 Julai 2012, rombongan PERSIAP bersama Puan Shakirah telah membuat lawatan sambil membeli belah ke Serikin, Bau dan telah singgah ke Pekan Bau untuk makan tengahari di Siti Café. Ahli rombongan telah dijamu dengan masakan Sarawak antaranya Udang Galah Goreng, Ayam Pansuh dan Botok Ikan Masin. Dengan adanya program sebegini dapat menambah ilmu pengetahuan dan tali persaudaraan yang lebih mesra dikalangan ahli PERSIAP.