Berita & Peristiwa 2012 Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persiap Penjara Seberang Perai Tahun 2012 Kali Ke- 2

Pada 3 Julai 2012, bertempat di Dewan Kelab Kompleks Penjara Seberang Perai berlansungnya Perasmian Mesyuarat Agung PERSIAP Penjara Seberang Perai yang dirasmikan oleh PKK Kamarudzaman bin Hj Mamat, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai. Seramai 134 ahli PERSIAP telah hadir di dalam majlis ini.

Walaupun agak sibuk dengan pelbagai aktiviti dan program, Mesyuarat Agung PERSIAP Penjara Seberang Perai telah berjalan dengan baik dan lancar. Selain daripada itu ahli juga turut menerima sebanyak 30 cabutan bertuah dan 6 hadiah misteri ditaja oleh AJK PERSIAP Seberang Perai.

Pengerusi PERSIAP Penjara Seberang Perai, Puan Wan Paizah Binti Wan Mustapa berharap dengan aktiviti dan program yang dijalankan mampu mewujudkan kerjasama yang erat diantara kakitangan dan para isteri dalam menaikan lagi usaha untuk memajukan persatuan.

 

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan