Berita & Peristiwa 2012 Lawatan YBhg. Datin Wira Hjh Noraini binti Hj Man Ke Kuching, Sarawak

Pada 2 hingga 6 Julai 2012 YBhg.Datin Wira Hjh.Noraini binti Hj.Man,Yang DiPertua PERSIAP Malaysia diiringi oleh YBhg Datin Hjh.Shakimah binti Abdullah, Naib Yang DiPertua PERSIAP dan Puan Rosnah binti Basar ahli PERSIAP IPPM telah membuat lawatan ke Kuching, Sarawak bersempena dengan Perasmian Komplek Penjara Puncak Borneo pada 5 Julai 2012. Ketibaan YBhg.Datin Wira Hjh.Noraini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching telah disambut oleh Pengerusi PERSIAP Ibu Pejabat Penjara Sarawak iaitu Puan May Ariannie binti Ahmad Biary, Puan Nor Asmah binti Badul Pengerusi PERSIAP Cawangan Penjara Pusat Miri dan beberapa AJK PERSIAP dari institusi-institusi penjara Sarawak.

Sepanjang lawatan ini YBhg.Datin Wira dan ahli-ahli PERSIAP telah membuat lawatan ke rumah-rumah ahli dan kakitangan yang mengalami masalah kesihatan iaitu lawatan ke rumah KIP Kisman bin Putit, Kpl Magdalene anak Andrew Ahen, WP Naseli bin Bujang di mana 2 anak beliau mengalami masalah buah pinggang dan pesara Cik Kadini Fatonah binti Mohd.Fadel. Dalam lawatan ini YBhg.Datin Wira Hjh.Noraini telah menyampaikan sumbangan berupa hamper makanan dan wang tunai daripada PERSIAP Ibu Pejabat Penjara Sarawak.

Dikesempatan ini juga YBhg.Datin Wira Hjh.Noraini telah mengadakan Mesyuarat bersama Pengerusi-Pengerusi PERSIAP Cawangan Penjara Puncak Borneo Kuching, Penjara Pusat Sri Aman, Penjara Pusat Sibu, Penjara Pusat Miri, Penjara Pusat Limbang dan Parol Negeri. Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Naib Pengerusi PERSIAP Malaysia,YBhg.Datin Hjh.Sharkimah binti Abdullah, Setiausaha, Bendahari dan 3 AJK bagi setiap PERSIAP cawangan. YBhg.Datin Wira Hjh.Noraini menyatakan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperkemaskan serta membuat penambahbaikan sistem pengurusan PERSIAP Zon Sarawak agar selaras dengan PERSIAP Malaysia. Selain itu, YBhg Datin Wira Hjh.Noraini juga dalam ucapannya menyatakan perjumpaan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli serta dapat bertukar-tukar pandangan ke arah kebaikan.

Pada sebelah malam pula, PERSIAP Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Makan Malam Mesra Bersama YBhg.Datin Wira Hjh.Noraini dan beberapa program telah diatur seperti persembahan nyanyian ahli dari setiap institusi dan tarian poco-poco bagi semua hadirin yang hadir.

 

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan