Pada 30.06.2012 (Sabtu) bertempat di Ampang Superbowl Central Square, Sg. Petani Kedah, PERSIAP Penjara Sungai Petani telah mengadakan Pertandingan Boling diantara ahli-ahli PERSIAP Penjara Sungai Petani. Objektif pertandingan ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota untuk memanfaatkan masa terluang melalui aktiviti sukan dan merapatkan ukhuwah di antara semua lapisan ahli-ahli PERSIAP. Sempena Hari Bapa, PERSIAP Penjara Sg.Petani juga mengadakan pertandingan bowling di antara Pegawai-Pegawai Kanan.
Berbagai kategori dipertandingkan iaitu kategori terbaik kumpulan, terbaik individu dan jumlah jatuhan pin tertinggi.. Semua hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Pengarah Penjara Sungai Petani iaitu PKP Mohd Muslih bin Mahmud kepada semua pemenang bagi setiap kategori yang telah dipertandingkan. Puan Bandiah binti Hj Jamil selaku Pengerusi PERSIAP Penjara Sg.Petani berharap penganjuran kejohanan ini bukan sahaja dapat memberi galakan kepada anggota untuk mengamalkan gaya hidup sihat, malahan dapat memupuk semangat bergaul dan bersahabat.