Pada 23 Jun 2012 bermula jam 7.30 pagi bertempat di Surau Al Ikhlas, PERSIAP Penjara Jelebu telah mengadakan gotong-royong memasak bersama kakitangan lelaki untuk Program Gotong Royong Perdana anjuran pihak pengurusan Penjara Jelebu. Semua yang terlibat dengan gotong royong bersama-sama dalam membersihkan persekitaran kawasan penjara dan kediaman kakitangan. Objektif gotong royong ini adalah bertujuan menggalakkan semua agar lebih mementingkan kebersihan selain dapat mengeratkan tali silaturrahim diantara semua ahli PERSIAP dan kakitangan penjara yang lain.
Acara gotong-royong selesai jam 12.00 tengahari. Setelah selesai gotong-royong, semua yang terlibat dijamu dengan menu asam pedas daging, ikan kembung goreng, ikan masin, ulam-ulaman, sambal belacan dan buah tembikai serta air sirap. Program gotong-royong ini diharapkan agar dapat diteruskan pada masa akan datang.