Berita & Peristiwa 2012 Karnival Sukan PERSIAP Zon Sabah Kali Ke-7 Tahun 2012

Pada 8 hingga 9 Jun 2012 bertempat di Kompleks Penjara Kota Kinabalu, PERSIAP Kota Kinabalu telah menganjurkan Karnival Sukan PERSIAP Zon Sabah Kali Ke-7 melibatkan 4 pasukan daripada PERSIAP Kota Kinabalu, PERSIAP SHG Keningau, PERSIAP Sandakan dan PERSIAP Tawau yang merangkumi seramai 99 orang peserta yang mengambil bahagian. Sebanyak 5 jenis sukan telah dipertandingkan, antaranya ialah sukan Badminton, Bola Jaring, Bola Tampar, Futsal dan Acara Lari Berganti-ganti.

PERSIAP Sandakan telah meraih kemenangan dengan mendapat mata keseluruhan sebanyak 20 mata, diikuti naib johan oleh PERSIAP Kota Kinabalu dengan mendapat 15 mata, tempat ketiga disandang oleh PERSIAP Keningau iaitu sebanyak 12 mata dan tempat keempat disandang oleh PERSIAP Tawau dengan mendapat 7 mata. Manakala Pemain Terbaik telah dinobatkan kepada Puan Rosciniwati binti Mohd Naim daripada PERSIAP Sandakan.

Majlis perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh Puan Jasmine binti Abdullah, selaku Pengerusi PERSIAP Kota Kinabalu dengan membuat simbolik pukulan badminton. Manakala perasmian penutupan karnival dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.S PKK Suria bin Hj Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah semasa Majlis Makan Malam Perasmian Penutupan sukan ini yang telah diadakan pada 9 Jun 2012 bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Kota Kinabalu sekaligus sebagai penutup karnival sukan pada malam tersebut.

 

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan