Pada 26 Mei 2012 (SABTU) satu program ceramah pap smear dan kanser payudara sempena bulan kanser telah diadakan bertempat di Bilik Sri Mambong, Penjara Puncak Borneo. Program ini adalah kerjasama antara PERSIAP Puncak Borneo dan Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Rajah Charles Brooke Memorial (RCBM) Puncak Borneo.
Program dimulakan dengan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh kakitangan dari klinik tersebut. Selepas sesi ceramah, pemeriksaan pap smear dan payudara dilakukan. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli-ahli Persiap berkaitan pentingnya pemeriksaan awal yang mungkin boleh mencegah kanser dari merebak. Sambutan dari ahli PERSIAP mengenai program ini amat menggalakkan dan bercadang akan memperbanyakkan lagi aktiviti yang berfaedah.