Pada 26 Mei 2012, hari sabtu seramai 20 orang ahli PERSIAP telah mengikuti lawatan ke Perusahaan Zainab Jaya, seorang usahawan wanita yang berjaya di Simpang Renggam. Hasil jualan beliau yang bermula secara kecil-kecilan telah menarik perhatian ahli PERSIAP JB untuk mempelajari dan mengetahui secara lebih dalam tentang kegigihan beliau memulakan perniagaan.PERSIAP Johor Bahru telah disambut oleh pihak pengurusan Perusahaan Zainab dan telah diberi peluang melihat demo membuat biskut tart dan lain-lain biskut. Ahli PERSIAP juga telah diberi taklimat ringkas bagaimana untuk menambah pendapatan keluarga dan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi apabila memulakan perniagaan.
Selain lawatan tersebut, ahli PERSIAP juga dibawa ke Kedai Kek dan Roti Puan Hafizah bt Mohamed yang merupakan seorang ahli PERSIAP Johor Bahru yang terletak di Jalan Bakti 1 Taman Mutiara Rini, Skudai. Puan Hafizah bt Mohamed dan suami KPL Sarifudin bin Salleh telah memulakan perniagaan pada tahun 2002 bermodalkan sebanyak RM80,000.00. Kedai kek dan roti beliau pada mulanya adalah secara kecil-kecilan dan memandangkan mendapat sambutan penduduk tempatan yang merupakan satu-satunya kedai kek dan roti Bumiputera, hasil jualan telah ditingkatkan dari semasa ke semasa. Lawatan sosial ini merupakan sebagai satu usaha kepada ahli PERSIAP untuk menceburi bidang perniagaan.