Pada 20 Mei 2012 (Ahad) berlansungnya Program Senam Seni PERSIAP Seberang Perai dan Pulau Pinang bersama YBhg Datin Wira Hjh. Noraini Binti Hj. Man. Program bermula seawal jam 7.45 pagi dengan Senam Seni yang diiringi oleh En Mawi daripada Kumpulan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang. Program diteruskan dengan ceramah dan pemeriksaan kesihatan wanita.
YBhg Datin Wira Hjh. Noraini Binti Hj Man juga turut beramah mesra bersama-sama anak-anak ahli PERSIAP Penjara Seberang Perai yang mengalami sakit kronik iaitu adik Muhammad Zulqhuzaimie Bin Zulkhairi, adik Muhammad Najwan Bin Mohd Nazri, adik Muhammad Hanif Bin Azhar, adik Muhammad Shahamir Al Jafrey Bin Jamel, adik Nor Shuhada Bt Mamat, adik Muhhamd Fateh Bin Muhammad Faizal dan adik Siti Zulaikha Bt Saiful Anuar. Seterusnya YBhg. Datin Wira Hjh Noraini Binti Hj Man dan ahli PERSIAP Penjara Seberang Perai menziarahi keluarga arwah Puan Fauziah, isteri kepada KPL 8890 Roslan Bin Abdul Samad.