PERSIAP Seremban telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Wanita pada 12 Mei 2012 bertempat di Surau Al-Jamiah, Penjara Seremban. Seramai 20 orang ahli PERSIAP Seremban telah terlibat dalam kursus tersebut.
Kurus Pengurusan Jenazah diadakan dengan kerjasama dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Seramai 5 orang Fasilitator/ Penceramah YADIM dan 4 orang pelatih USIM telah memimpin peserta kursus mempelajari Tatacara pengurusan jenazah wanita. Intipati kurus adalah teori dan praktikal pengurusan jenazah iaitu memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah.
Pihak Pengerusi amat berpuashati kursus sebegini diadakan dan berharap PERSIAP Seremban dapat lagi bekerjasama bersama YADIM dan menjadikan kursus pengurusan jenazah dimasukkan di dalam takwin PERSIAP Seremban.