Berita & Peristiwa 2012 Lawatan YBhg Datin Wira Hjh Noraini Bt Hj Man bersama rombongan PERSIAP Kota Kinabalu

12 Mei 2012 ( Sabtu ) rombongan PERSIAP Kota Kinabalu bersama-sama YBhg Datin Wira Hjh Noraini Bt Hj Man Yg DiPertua PERSIAP Malaysia diiringi oleh YBhg Datin Shakimah Bt. Abdullah, Naib Yang DiPertua PERSIAP, Puan Nora Musa Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu dan Puan Jasmine Bt Abdullah Pengerusi PERSIAP Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke dua buah rumah di Kompleks Perumahan Kakitangan Penjara Taman Mat Salleh Matambai iaitu lawatan ke rumah Puan Apila Bt Daie isteri kepada arwah WP. 686 Zulkifli Sabli yang merupakan warder di Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Dalam lawatan ini, Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini Bt Hj Man telah menyampaikan sumbangan daripada pihak PERSIAP Kota Kinabalu dan sumbangan daripada Derma Khairat Kebajikan ( DKK ). Selesai menziarahi Puan Apila, lawatan seterusnya pula ialah ke rumah ahli PERSIAP Puan Rosmah Matin, isteri kepada SP. 460 Abd Halil bin Abd Rahman, yang mana beliau telah disahkan menghidap penyakit tiroid. YBhg Datin Wira juga telah menyampaikan sumbangan daripada PERSIAP.
Seterusnya pada jam 2.30 petang, telah diadakan mesyuarat diantara Pengerusi-pengerusi PERSIAP Cawangan Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan SHG Keningau yang dipengerusikan oleh YBhg Datin Wira Hjh Noraini Bt Hj Man, Yang DiPertua PERSIAP Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Penjara Sabah. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Naib Pengerusi PERSIAP Malaysia, YBhg Datin Hjh Shakimah Bt. Abdullah serta Setiausaha PERSIAP Malaysia, Puan Zamiah @ Zaimiah Bt Parman.

Dalam mesyuarat ini, setiap cawangan telah dihadiri oleh Setiausaha dan Bendahari PERSIAP masing-masing serta AJK Tertinggi PERSIAP Cawangan Kota Kinabalu. YBhg Datin Wira menyatakan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperkemaskan serta membuat penambahbaikan sistem pengurusan PERSIAP Zon Sabah. Selain itu, YBhg Datin Wira juga dalam ucapannya menyatakan perjumpaan dalam mesyuarat ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli serta dapat bertukar-tukar pandangan kearah yang lebih baik.

 

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan