Berita & Peristiwa 2012 Pertandingan Memancing Dan Memasak Persiap Malaysia Di Penjara Penor, Pahang

PERSIAP telah menganjurkan Pertandingan Memancing dan Memasak PERSIAP di Penjara Penor Pahang pada 5 Mei 2012 bertempat di Tasik Sendayan, Penjara Penor Pahang. Seramai 24 pasukan telah menyertai Pertandingan Memasak dan 26 pasukan telah menyertai Pertandingan Memancing dari seluruh cawangan PERSIAP Malaysia. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Wira Hajah Noraini Binti Hj. Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia dengan membuat pelepasan ikan di Tasik Sendayan sebagai simbolik perasmian. Objektif pertandingan ini adalah bertujuan menggalakkan semua ahli bergiat aktif dalam bidang kesukanan selain dapat mengeratkan tali silaturrahim diantara semua ahli PERSIAP.

Johan bagi Pertandingan Memasak telah dimenangi oleh Puan Azliza Bt. Abd. Wahab dan Puan Siti Zuzana bt. Jumri dari PERSIAP Parol Jerantut. Naib Johan dimenangi oleh Puan Norsalina Bt. Ahmad dan Nur Asmah Bt. Abd. Jalil dari PERSIAP cawangan Alor Setar. Manakala tempat ketiga dimenangi Puan Maimunah Bt. Ahmad dan Puan. Siti Azliza Bt. Hafidzal dari PERSIAP cawangan Jelebu. Juri pertandingan adalah Chef Saleh bin Samihan dari Hyatt Hotel Kuantan, En. Tajul dan Puan Marhaini Bt Marhaimin dari Kolej Komuniti Kuantan. Selepas berakhir Pertandingan memasak, program diserikan dengan demo masakan oleh Chef Saleh bin Samihan.

Bagi Pertandingan Memancing dimenangi oleh Puan Azalina Bt. Biron dan Puan Nurfaridaharyani Bt. Mohd Nori dari PERSIAP cawangan Tapah, Naib Johan adalah Puan Aida Shakila Bt. Shukri dan Puan Haslina Bt. Abd. Kadir dari PERSIAP cawangan Kluang dan seterusnya tempat ketiga dimenangi oleh Tengku Ertida Bt. Tengku Ehsanudin dan Puan Mariam Bt. Ahmad dari PERSIAP cawangan Dusun Dato' Murad. Para juri pertandingan adalah terdiri kakitangan Penjara Penor yang mahir dalam bidang memancing.

Pertandingan tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang serta penyampaian cenderamata kepada YBhg. Datin Wira Hajah Noraini Binti Hj. Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia. Majlis tersebut telah selesai pada jam 2.00 petang dan tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya.

 

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan