Pada 04 hingga 6 Mei 2012 (Jumaat), Biro Ahli Bersekutu PERSIAP telah mengadakan lawatan ke Kota Kinabalu, Sabah yang diketuai oleh YBhg. Datin Norriza Binti Mohamed selaku pengerusi Ahli Biro Bersekutu PERSIAP. Rombongan ini turut disertai seramai 16 orang Ahli Bersekutu PERSIAP.
Rombongan ini disambut oleh Pengerusi PERSIAP Sabah iaitu Pn. Jasmin binti Abdullah, PKP Nora Binti Musa, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu dan beberapa orang ahli PERSIAP Ibu Pejabat Penjara Sabah dan PERSIAP Penjara Kota Kinabalu, Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang lawatan tersebut. Antaranya ialah melawat ke 1 Borneo, membeli belah di Gaya Street dan Pasar Filipina, melawat ke Jambatan Tamparuli di Ranau, Kolam Air Panas, Sungai Morali, Kaki Gunung Kinabalu, Rumah Terbalik di Tuaran Sabah dan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
Di samping itu, AJK dan Ahli PERSIAP berkesempatan beramah mesra dengan YBhg. Datin Norriza Binti Mohamed dan ahli rombongan yang lain pada jamuan makan malam di Dewan Penjara Wanita Kota Kinabalu. Majlis telah diserikan dengan persembahan tarian dan nyayian karaoke. Kehadiran rombongan ini sedikit sebanyak dapat memberikan sokongan moral kepada mereka dan mengeratkan lagi tali silaturrahim.