Berita & Peristiwa 2012 Pertandingan sukan Bowling PERSIAP

PERSIAP Cawangan Sungai Buloh telah menganjurkan Pertandingan sukan Bowling PERSIAP pada 28 April 2012 jam 3.00 petang bertempat di Ole-Ole Bowling, Monterez Golf Club, Subang Selangor. Seramai 32 orang peserta yang terdiri dari anak-anak remaja dan ahli-ahli PERSIAP cawangan Sungai Buloh. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Puan Paramjit Kaur selaku Pengerusi PERSIAP Sungai Buloh dengan membuat satu balingan perasmian. Pertandingan ini bertujuan menggalakkan semua ahli dan anak-anak bergiat aktif di dalam bidang kesukanan terutamanya sukan bowling. Selain itu, melalui penganjuran ini ianya dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama ahli jawatankuasa dengan ahli-ahli yang lain.

Hadiah-hadiah yang disediakan hingga ke tempat ke-sepuluh dan 1 hadiah misteri. Pertandingan tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang serta penyampaian cenderahati kepada puan Pengerusi. Majlis tersebut telah selesai pada jam 6.00 petang dan tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya.

 

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan