01 Mei 2012 - PERSIAP Tawau telah menganjurkan Kursus Membuat Mini Pizza dan Bun bertempat di Dewan Wawasan, Taman Ehsan. Seramai 66 peserta termasuk Pengerusi PERSIAP Tawau turut serta dalam kursus ini yang bermula dari jam 2.30 petang hingga jam 5.30 petang. Kursus telah dikendalikan oleh Chef Abu Bakar bin Ahmad dan Chef Mohd Shahiran bin Awang yang merupakan chef yang berpengalaman dalam bidang bakeri. Antara objektif kursus ini diadakan ialah untuk meningkatkan kemahiran ahli-ahli PERSIAP dalam bidang bakeri serta dapat memberi peluang kepada ahli-ahli PERSIAP bermesra dan bertukar-tukar pendapat.