Muar, 20 April 2012 bertempat di Dewan Gemilang, Kuarters Kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, PERSIAP PPA Muar telah mengadakan Mesyuarat Agung PERSIAP Kali Ke-21 yang telah dirasmikan oleh PKP Wan Umar Bin W. Abdullah, Pengarah PPA Muar selaku Penaung PERSIAP PPA Muar. Mesyuarat Agung PERSIAP PPA Muar telah dimulakan dan dipengerusikan oleh Puan Nazimah bte Hassan selaku Pengerusi PERSIAP Pusat Pemulihan Akhlak Muar.
Aturcara bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 3.00 petang. Di majlis ini juga turut diadakan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada AJK 2010/2011 serta ahli yang telah terlibat dalam Pertandingan Nasyid Dan Congkak yang telah diadakan di Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang pada 02 hingga 4 Disember 2011 serta ahli yang memberikan komitmen dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PERSIAP.
Lantikan AJK baru turut diadakan setelah pembubaran AJK yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung yang lepas diumumkan oleh Pengerusi. Sebelum bersurai, telah diadakan cabutan bertuah kepada ahli-ahli yang hadir, Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli di atas kehadiran, sumbangan dan tenaga kerja dalam menjayakan Mesyuarat Agung PERSIAP Pusat Pemulihan Akhlak Muar Kali Ke-21.