Berita & Peristiwa 2012 Majlis Bacaan Yaasin Dan Solat Berjemaah

Muar, 27 April 2012 (Jumaat) pada jam 3.30 petang PERSIAP Cawangan PPA Muar telah mengadakan usrah (perjumpaan) di Rumah PERSIAP Kuarters Kakitangan PPA Muar. Agenda majlis turut diselitkan dengan aktiviti Bacaan Yaasin dan Solat Asar berjemaah. Majlis turut dihadiri oleh Puan Nazimah bte Hassan selaku Pengerusi PERSIAP PPA Muar. Kira-kira 15 orang ahli PERSIAP serta anak-anak hadir mengikuti aktiviti tersebut.

Program ini juga menjadi salah satu aktiviti mingguan PERSIAP PPA Muar tahun 2012 dan diharapkan ianya mendapat keredhaan Allah S.W.T dan menjalinkan hubungan yang lebih erat di kalangan Pengerusi serta ahli-ahli PERSIAP yang lain.

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan