Pada hari Jumaat bertarikh 20.04.2012, satu bengkel kecantikan telah diadakan di Rumah Persiap Penjara Jelebu. Bengkel ini bermula pada jam 3.00 petang dan dihadiri lebih 50 orang ahli Persiap dengan dikendalikan oleh Puan Siti Rafeah bt Md Karit daripada SR Peralatan & Hiasan Pengantin Kuala Klawang.
Bengkel kecantikan ini dimulakan dengan pengenalan berkenaan produk Giffarine oleh perunding kecantikan produk Giffarine iaitu Puan Siti Rafeah bt Md Karit. Di dalam bengkel ini semua ahli Persiap yang hadir telah didedahkan dengan produk & kosmetik serta kemahiran mengenai teknik solekan terkini dan gaya penampilan imej untuk menjaga kecantikan diri. Bagi tujuan tersebut, Puan Siti Rafeah telah membuat demonstrasi asas make-up kepada 2 orang ahli Persiap yang ‘sporting’ untuk dijadikan model.
Selain itu ahli Persiap yang hadir juga telah diberikan tip-tip menjaga kecantikan diri dan kesedaran betapa pentingnya penampilan imej yang sesuai dengan diri di samping mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang kecantikan. Sebelum bengkel kecantikan ini berakhir, Naib Pengerusi Persiap Puan Siti Rafidah bt Mohd Taib telah menyampaikan cenderamata kepada Puan Siti Rafeah. Jamuan ringan juga disediakan kepada semua yang hadir dan bengkel ini berakhir pada jam 6.00 petang.