Pada 31 Mac 2012, PERSIAP Tawau telah menganjurkan Program Ceramah (Kanser Serviks dan Ceramah Penyakit Tibi) bertempat di Dewan Wawasan, Penjara Tawau serta Pemeriksaan Pap Smear dan Payudara bertempat di Rumah PERSIAP. Program ini berlangsung dengan kerjasama Klinik Kesihatan Tg. Batu, Tawau dan Pejabat Kesihatan Daerah Tawau.
Program dimulakan dengan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Maslina dan ceramah berkenaan penyakit tibi disampaikan oleh En. Natawangi. Manakala pemeriksaan Pap Smear dan Payudara telah dijalankan selepas selesai sesi ceramah. Sambutan ahli dalam program ini amat menggalakkan dan PERSIAP Tawau bercadang untuk menganjurkan program
ini dimasa akan datang.