Berita & Peristiwa 2012 Mesyuarat Agung Persiap Cawangan PULAPEN Kali Ke-23

Taiping – 7 Mac 2012 telah diadakan Mesyuarat Agung PERSIAP Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping, Perak kali ke-23. Majlis bermula pada jam 2.45 petang dengan ketibaan Penasihat PERSIAP PULAPEN, PP Shariff Bin Masri, dan majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Yusof Bin Abdul Razak. Aturcara diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi PERSIAP PULAPEN Puan Hasliza Binti Mayan sebelum ucapan perasmian Mesyuarat Agung disampaikan oleh PP Shariff Bin Masri. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung diakhiri dengan menikmati jamuan ringan yang di sediakan.

Pada jam 4.00 petang, Mesyuarat Agung PERSIAP PULAPEN bermula dengan dipengerusikan oleh Pn. Hasliza Binti Mayan, Pengerusi PERSIAP PULAPEN. Turut diselitkan penyampaian cenderahati kepada AJK PERSIAP PULAPEN 2010-2011 serta sedikit saguhati kepada ahli yang memberi komitmen dalam meningkatkan pendapatan tabung PERSIAP. Lantikan AJK baru turut diadakan setelah pembubaran AJK yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung yang lepas diumumkan oleh Pengerusi PERSIAP PULAPEN.

Sebelum bersurai, telah diadakan cabutan bertuah kepada ahli-ahli yang hadir dalam memberi galakan serta penghargaan di atas penglibatan serta komitmen yang diberi dalam menjayakan setiap aktiviti yang telah dianjurkan.

 

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan