Taiping - 10 Mac 2012, Ahli PERSIAP PULAPEN telah dijemput untuk menghadiri Majlis Penutupan Kursus Kawalan dan Pencegahan serta Kursus Penyegaran SENTAP siri 1/2012 yang telah di adakan di Padang Kawat PULAPEN Perak. Turut hadir adalah Puan Hasliza Binti Mayan Pengerusi PERSIAP PULAPEN.
Disamping menyaksikan persembahan tersebut, ahli PERSIAP juga dapat mengingat kembali beberapa teknik mempertahankan diri yang pernah dipelajari sebelum ini yang dianjurkan oleh Biro Sukan. Salah satu teknik yang pernah dipelajari adalah Teknik Cepat dan Pantas Wanita – Modul Cabul dan Ragut. Modul ini di elitkan di dalam simulasi ketangkasan yang di tunjukkan oleh 2 peserta kursus wanita.