Pada 24 Februari 2012 jam 3.00 petang, Biro Ahli Bersekutu dengan gabungan Majlis Tertinggi PERSIAP IPPM/MPM yang diketuai YBhg. Datin Norriza binti Mohamed selaku Ketua Biro Ahli Bersekutu telah mengadakan Program Jalinan Kasih di kediaman Ahli Bersekutu iaitu YBhg Datin Habsah binti Yusof, Mantan Yang DiPertua PERSIAP Malaysia di Bandar Baru Bangi.
Rombongan ini turut disertai seramai 70 orang ahli PERSIAP IPPM/MPM, Ahli Bersekutu, PERSIAP Penjara Wanita Kajang, PERSIAP Penjara Kajang dan PERSIAP Penjara Sungai Buloh.
Program tersebut dimulakan dengan Bacaan Yassin dan Doa Selamat untuk arwah Mantan Yang DiPertua PERSIAP Malaysia. Seterusnya disajikan dengan jamuan petang. Kehadiran rombongan ini sedikit sebanyak dapat memberikan sokongan moral kepada mereka di samping mengeratkan lagi tali silaturrahim.