Penjara Seremban telah menganjurkan Kejohana Petanque Jabatan Penjara Malaysia 2012 bermula dari 24 hingga 26 Februari 2012 bertempat di Gelanggang Petanque Majlis Sukan Negeri Sembilan.
AJK Biro Ekonomi PERSIAP Seremban telah membuat jualan makanan sepanjang kejohanan tersebut berlangsung. Penjualan makanan dibuat bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang. Menu makanan yang dijual ialah nasi Lemak, mee/bihun goreng, kuih-muih (bagi sarapan pagi), nasi putih, lauk-pauk (bagi makan tengahari) dan minuman ringan.
Dengan adanya aktiviti sebegini, ianya dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli disamping dapat menambah tabung PERSIAP Seremban. Pengerusi PERSIAP Seremban, Puan Fifiyanty binti Abdul Manan amat berpuashati dan berharap lain-lain aktiviti dapat di dibuat bagi memenuhi aktiviti PERSIAP Seremban.