Pada 18 Februari 2012 bertempat di Dewan Seminar Penjara Sungai Petani telah diadakan Mesyuarat Agung PERSIAP Penjara Sungai Petani Kali ke-10 yang dirasmikan oleh PKP Mohd Muslih bin Mahmud Pengarah Penjara Sungai Petani selaku Penaung PERSIAP Sungai Petani. Beliau juga telah menyampaikan Sumbangan Anak-Anak Cemerlang Tahun 2011 PERSIAP Penjara Sungai Petani.
Mesyuarat Agung PERSIAP Penjara Sungai Petani dimulakan dan dipengerusikan oleh Puan Bandiah bt Hj Jamil selaku Pengerusi PERSIAP Penjara Sg.Petani. Di majlis ini juga turut diadakan, cabutan bertuah, pertandingan gubahan tuala, memasak rendang berserta pulut kuning dan puding yang mendapat sambutan di kalangan ahli PERSIAP. Pertandingan ini diadili oleh guru-guru KEMAS Daerah Kuala Muda.
Di akhir majlis, Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli diatas kehadiran, sumbangan dan tenaga kerja dalam menjayakan Mesyuarat Agung PERSIAP Penjara Sungai Petani Kali ke-10. Beliau juga berharap semoga amalan ini dapat dikekalkan dari semasa ke semasa.