Berita & Peristiwa 2012 Program Ziarah YBhg. Datuk Wira Hj. Zukifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia Dan YBhg. Datin Wira Hjh. Noraini Binti Man Melawat Kakitangan Dan Ahli PERSIAP Yang Sakit

Pada 13 Februari 2012 jam 1.00 tengahari, YBhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara dan YBhg. Datin Wira Hajjah Noraini bt Hj. Man Pengerusi PERSIAP Malaysia dengan diiringi oleh Pengarah Dasar Kepenjaraan, KPj YBhg. Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan bersama YBhg. Datin Hajjah Shakimah bt Abdullah. Bersama rombongan tersebut ialahPKP Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa bersama Puan Wan Norliza bt Pa’ Wan Chik Pengerusi PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa, PKP Muhammad Zuki bin Muhamad Zain PPA Machang bersama Puan Sharina bt Mohd Safiie Pengerusi PERSIAP PPA Machang, PP Mat bin Yaacob Pengarah Parol Kelantan bersama isteri dan 10 orang AJK PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa, bersama-sama menziarahi IP Mohd Ridzuan bin Mohamad di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan yang menghidap kanser paru-paru. Beliau bertugas di Penjara Marang, Terengganu.
Selesai menziarahi IP. Mohd Ridzuan, YBhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara dan Datin Wira Hajjah Noraini bt Hj. Man Pengerusi PERSIAP Malaysia serta rombongan meneruskan sesi lawatan menziarahi ahli PERSIAP Pengkalan Chepa Puan Sidah bt Che Isa, isteri kepada Kpl 7142 Abdul Rahim bin Abd. Rahman di Kg. Tebing Tinggi, Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan. Beliau telah disahkan menghidap kanser payu dara di tahap 4.

Pada lawatan tersebut Datin Wira Hajjah Noraini bt Hj. Man Pengerusi PERSIAP Malaysia telah menyampaikan sumbangan kewangan dari tabung PERSIAP Malaysia dan sumbangan hamper dari PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan