Program Senam Seni Persiap Malaysia Peringkat Zon Timur telah diadakan di Penjara Marang Terengganu Pada 11 Februari 2012 bertempat di Dataran Setia Penjara Marang. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Wira Hjh. Noraini Bt Hj. Man selaku yang DiPertua PERSIAP Malaysia. Turut hadir mengiringi beliau ialah YBhg. Datin Shakimah bt Abdullah. Hasil kerjasama dari PERSIAP cawangan Pengkalan Chepa, cawangan Machang, cawangan Penor Dan Parol Negeri Program ini telah berjalan dengan jayanya .... Program Senam Seni Persiap Malaysia Peringkat Zon Timur telah diadakan di Penjara Marang Terengganu Pada 11 Februari 2012 bertempat di Dataran Setia Penjara Marang. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Wira Hjh. Noraini Bt Hj. Man selaku yang DiPertua PERSIAP Malaysia. Turut hadir mengiringi beliau ialah YBhg. Datin Shakimah bt Abdullah. Hasil kerjasama dari PERSIAP cawangan Pengkalan Chepa, cawangan Machang, cawangan Penor Dan Parol Negeri Program ini telah berjalan dengan jayanya.
Majlis bermula seawal jam 7.00 pagi dengan kehadiran peserta lebih kurang 100 orang. Program ini dikendalikan oleh kumpulan Galasari dari Unit Kebudayaan dan Kesenian Jabatan Penjara Malaysia iaitu seramai 16 orang. Program Senam Seni yang berkonsepkan tarian kebudayaan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum telah menarik minat peserta yang hadir untuk meneruskan aktiviti ini di peringkat cawangan masing-masing.
Acara Senam Seni selesai lebih kurang jam 8.30 pagi dan semua peserta hadir untuk minum pagi dan seterusnya ke program ceramah kesihatan. Ceramah berkaitan kesihatan wanita yang bertajuk “Penjagaan Ibu Semasa Hamil” telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Suffian Bin Alwi, pegawai perubatan Klinik Kesihatan Merchang , Marang, Terengganu. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.
Pada sebelah petang, YBhd. Datin Wira telah meluangkan masa untuk lawatan amal ke rumah Che Kamarudin Bin Abu Bakar di alamat Pt. 12182, Taman Dato’ Ibrahim, Kg. Gong Nangka Marang Terengganu. Puan Noorlaila bt Shaidi adalah ibu kepada adik Rabiatul Umairah Bt Che Kamarudin yang menderita penyakit saraf. Adik Umairah berusia 1 tahun 2 bulan terpaksa berulang alik ke Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan. YBhg. Datin Wira telah menyampaikan sumbangan kepada adik Umairah dan berharap agar kesihatan adik Umairah akan bertambah baik di masa akan datang.