Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H, PERSIAP Cawangan Taiping telah menganjurkan program ceramah pada 8 Februari 2012 bersamaan 15 Rabiu’Awal 1433H disampaikan oleh YBhg. Dr. Mohd Fahmi bin Abdul Kair iaitu pensyarah Kolej Komuniti Gerik, Perak. Majlis ceramah tersebut diadakan di surau kakitangan Penjara Taiping.
Majlis dihadiri oleh PKK Shukri bin Saad, Pengarah Penjara Taiping merangkap Penasihat PERSIAP Cawangan Taiping, Puan Mazlina bt Seman Pengerusi PERSIAP, AJK serta ahli PERSIAP, Pegawai Kanan, kakitangan dan anak-anak Institusi Penjara Taiping, Perak. Ceramah bermula jam 3.30 petang dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan pengisian ceramah oleh YBhg. Dr. Mohd Fahmi bin Abdul Kair memberi pengertian kelahiran Nabi Muhamad kepada umat manusia, diselang-seli bacaan Al-Quran serta bernasyid, menarik perhatian hampir 150 hadirin. Majlis selesai jam 5.00 petang dengan hadirin dihidangkan dengan jamuan petang.