Pada 3 Februari 2012 seramai 23 orang peserta lawatan muhibbah yang terdiri daripada kakitangan, isteri-isteri dan anak-anak telah berkunjung ke Penjara Marang, Terengganu dan lawatan ke Penjara Pengkalan Chepa.Selain kunjungan bagi menikmati hidangan lazat daripada ‘pantai timur’ yang paling utama adalah ikatan persahabatan dan ukwah dapat dipupuk. Kerjasama yang terjalin mampu mengeratkan lagi ikatan persaudaraan yang diterapkan melalui lawatan seumpama ini.