Pada 28 Januari 2012 (Sabtu), PERSIAP Malaysia telah mengadakan Program Senam Seni 1 Malaysia anjuran bersama Biro Sukan PERSIAP Malaysia dan Unit Kebudayaan Dan Kesenian Jabatan Penjara Malaysia peringkat Zon Tengah yang diadakan di Maktab Penjara Malaysia. Program ini telah kelolakan oleh PERSIAP IPPM/MPM dan telah dihadiri oleh YBhg. Datin Wira Hjh Noraini binti Hj Man selaku YDP PERSIAP Malaysia. Turut hadir bersama Y.S KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah (Timbalan Ketua Pengarah Penjara Pengurusan) selaku Penasihat PERSIAP IPPM/MPM serta Pengerusi PERSIAP IPPM/MPM Pn. Shakirah bt. Jusoh.
Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta dari kakitangan, anggota serta ahli PERSIAP institusi penjara Zon Tengah ( IPPM/MPM, Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang, Penjara Sungai Buloh, Penjara Seremban, Penjara Bentong, Penjara Jelebu, Parol Wilayah, Parol Selangor dan Parol Seremban). Kehadiran peserta seramai 200 orang dengan Kumpulan GALASARI daripada Unit Kebudayaan Dan Kesenian Jabatan Penjara Malaysia telah menunjukkan persembahan yang menarik minat peserta juga di akhir persembahan telah menunjukkan Senam Penjara yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Pergerakan Senam Seni ini berkonsepkan seni tarian kebudayaan kaum di Malaysia yang terdiri daripada kebudayaan Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah serta Sarawak.
Program ini diteruskan dengan pemeriksaan kesihatan dan ceramah kesihatan oleh Dr Wan Hilya binti Mustafa, Pegawai Kesihatan daripada LPPKN bertajuk (Kanser Payudara Dan Mamogram). Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini.