Pada 18 Januari 2012 jam 9.00 pagi, Biro Ahli Bersekutu telah mengadakan lawatan menziarahi bekas pesara dan isteri yang sakit iaitu tuan Amir bin Hj. Nawawi (PP) serta isteri dan Wan Hassan bin Wan Ahmad (TPP) serta isteri di Sungai Buloh, Selangor dengan diketuai oleh YBhg. Datin Wira Hjh. Noraini binti Hj. Man selaku Yang DiPertua PERSIAP dan YBhg. Datin Norriza Binti Mohamed selaku pengerusi Ahli Biro Bersekutu PERSIAP.
Rombongan ini turut disertai seramai 20 orang ahli PERSIAP IPPM/MPM, Ahli Bersekutu dan 10 orang PERSIAP Penjara Sungai Buloh. PERSIAP Penjara Sungai Buloh juga telah bermurah hati untuk menyediakan makan minum kepada semua peserta.
YBhg. Datin Wira Hjh. Noraini binti Hj. Man selaku Yang DiPertua PERSIAP telah menyampaikan sedikit sumbangan. Diharapkan kehadiran rombongan ini sedikit sebanyak dapat memberikan sokongan moral kepada mereka dan mengeratkan lagi tali silaturrahim.