Berita & Peristiwa 2012 Program Senam Seni 1Malaysia PERSIAP Penjara Pokok Sena

Pada 14 Januari 2012 (Sabtu), Penjara Pokok Sena telah mengadakan Program Senam Seni 1Malaysia yang dianjurkan oleh PERSIAP Penjara Pokok Sena yang telah disempurnakan oleh Datin Wira Hjh Noraini Binti Man (Pengerusi PERSIAP Jabatan Penjara Malaysia), turut hadir Datin Hajah Shakimah Binti Abdullah.
Majlis bermula pada jam 7 pagi dengan pendaftaran penyertaan daripada PERSIAP Penjara Alor Setar, PERSIAP Penjara Sungai Petani, PERRSIAP Akademi Koreksional Malaysia, PERSIAP Pusat Koreksional Perlis dan PERSIAP Parol Negeri Kedah dengan penyertaan seramai 80 orang termasuk kakitangan dan ahli-ahli PERSIAP Penjara Pokok Sena. Aturcara kemudian diteruskan dengan Senam Seni 1Malaysia yang dikendalikan oleh 8 anggota Kumpulan GALASARI daripada Bahagian Kebudayaan Jabatan Penjara Malaysia. Pergerakan senaman ini berkonsepkan seni tarian kebudayaan kaum di Malaysia yang terdiri daripada kebudayaan Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Selesai bersenam peserta bersarapan beramai-ramai di perkarangan Kelab Penjara Pokok Sena.

Acara diteruskan lagi dengan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Pegawai Klinik Kesihatan Daerah Padang Terap, Puan Asnida Binti Anuar bertajuk "Pemakanan Seimbang" yang menekankan cara pengambilan makanan yang sihat .

Datin Wira Hjh Noraini Binti Man dan peserta-peserta program dijemput ke "Cake House" bertempat di Pejabat Perusahaan Penjara Pokok Sena sempena pembukaan hari pertama dan pengenalan produk kepada institusi lain di Zon Utara. YBhg. Datuk Wira Haji Zulkifli Bin Omar juga meluangkan masa melawat "Cake House" diiringi oleh TKPj Dato' Mohd Sakeri Bin Dollah yang turut merasa kek, roti dan biskut yang dihasilkan oleh Penjara Pokok Sena.

YBhg. Datuk Wira Haji Zulkifli Bin Omar bersama Datin Wira Hajah Noraini Binti Man seterusnya meneruskan aturcara dengan melakukan Lawatan Amal ke 3 buah rumah kakitangan yang mempunyai ahli keluarga yang menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan bantuan. Majlis berakhir kira-kira jam 1 petang.

 

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan