Rombongan daripada PERSIAP Penjara Miri telah membuat lawatan ke Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Miri yang terletak di kawasan Permayjaya, Miri pada 18.7.2010 jam 10.00 pagi. Lebih kurang (35) orang ahli termasuk ahli keluarga yang turut serta dalam lawatan tersebut.
Lawatan tersebut di adakan adalah sebagai salah satu aktiviti kebajikan. Penyerahan cek juga turut disumbangkan pada majlis tersebut di mana Pengerusi PERSIAP menyerahkan cek berjumlah RM400 kepada wakil Pengurus Besar Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Miri Puan Juliyanah.
Lawatan ke seluruh kawasan rumah anak yatim termasuk lawatan ke asrama dan surau. PERSIAP Penjara Pusat Miri turut menyediakan juadah untuk Anak-Anak Yatim pada pagi tersebut. Selain itu, ahli PERSIAP juga sempat beramah mesra dan bersama-sama menikmati juadah yang disediakan pada pagi tersebut.