Pada 7.7.2010, sekali lagi Penjara Miri telah menerima kunjungan rombongan daripada Penjara Pulau Pinang. Seramai (15) orang ahli rombongan Penjara Pulau Pinang telah turut serta dalam lawatan tersebut. Rombongan lawatan tersebut turut melawat ke seluruh Penjara di Sarawak. Pada sebelah malam pula diadakan majlis makan malam bersama pegawai serta ahli PERSIAP Penjara Miri bagi menyambut ketibaan rombongan lawatan pegawai Penjara Pulau Pinang.