Pada 24.6.2010, rombongan pegawai Penjara Wanita Kajang telah melawat ke Bandaraya Miri. Seramai lebih kurang 20 orang ahli PERSIAP yang terdiri daripada pegawai dan anak turut serta dalam lawatan sambil belajar pada kali ini.
Tujuan lawatan sambil belajar ini diadakan adalah untuk menjelajah dan mengenali dengan lebih dekat lagi Bandaraya Miri di samping menambah ilmu pengetahuan. Antara aktiviti yang dilakukan sempena dengan lawatan tersebut adalah lawatan ke Gua Niah Miri, ke Pasar Bekenu, Muzium Petronas, dan Taman Awam Miri.
Aktiviti lawatan ke Gua Niah turut disertai oleh pegawai dan kakitangan Penjara Pusat Miri bagi memeriahkan lagi aktiviti tersebut. Majlis makan malam turut diadakan bersama ahli PERSIAP Penjara Miri bagi meraikan kedatangan rombongan dari Penjara Wanita Kajang.