Berita & Peristiwa 2010 Aktiviti PERSIAP Sempena Hari Penjara 2010

Hari Penjara 2010 telah disambut di Penjara Kluang dan telah dirasmikan oleh Y. B. Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 1 November 2010. Turut hadir ialah Ybhg Datin Wira Noraini Bt Hj Man, Yang Dipertua Persiap Malaysia, Puan Norsina Bt Panot, Naib Yang Dipertua Persiap, pengerusi-pengerusi cawangan dan ahli-ahli Persiap Zon Selatan.

Pada 2 hingga 4 November 2010 telah berlangsung Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi (MKKI) bertempat di Hotel The Katerina Batu Pahat, Johor dan Persiap Kluang telah menyusun beberapa aktiviti yang melibatkan sukan dan lawatan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Boling Persahabatan Zon Selatan bertempat di Pasific Bowl, Batu Pahat Mall pada 2 November 2010. Seramai 6 pasukan telah bertanding dan acara VIP disediakan untuk pengerusi cawangan yang hadir. Kehadiran Ybhg Datin Wira Noraini Bt Hj Man, Yang Dipertua Persiap telah menyerikan lagi majlis dan seterusnya merasmikan pertandingan persahabatan ini. Pertandingan persahabatan ini dimenangi oleh pasukan tuan rumah, iaitu Persiap Kluang yang diketuai oleh Puan Zainah.

Bertepatan dengan halatuju Persiap kini, "Ilmu ditingkatkan, kebajikan diutamakan", lawatan sambil belajar telah disusun ke Kilang Kimberly Clark Product pada 3 November 2010. Kilang ini merupakan pengeluar produk Kotex, Kleenex, Huggies dan Scott. Sesi lawatan ke kilang ini telah membuka minda ahli Persiap dan sebagai pengguna, lawatan ini memberi banyak ilmu yang berguna dengann melihat sendiri proses barangan dihasilkan.

Seterusnya lawatan kebajikan diatur untuk menziarahi anak kakitangan Penjara Kluang iaitu Mohd Nasir B. Mohd Shah dan Puan Farhani Bt. Tasman. Bayi berusia setahun ini bernama Arrisa Hayra Bt Mohd Nasir telah dikesan mengidap penyakit "Billary Duct Hypoplasia" dan kini sedang menunggu penderma hati yang sesuai.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga Arrisa Hayra mendapat penderma hati dan kembali sihat. Ybhg Datin Wira Noraini mewakili Persiap Malaysia telah menyampaikan sumbangan dari tabung kebajikan Persiap. Pengerusi Cawangan yang hadir turut menyampaikan sumbangan.

Semoga aktiviti sukan dan lawatan ini memberi pengalaman yang bernilai untuk semua yang terlibat dan mengeratkan hubungan silatulrahim seluruh ahli Persiap. Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi Persiap Kluang dan semua yang terlibat.

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan