Berita & Peristiwa 2010 MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2010

Sempena menyambut bulan Syawal yang mulia ini, PERSIAP juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 25 September 2010 bersamaan 16 Syawal 1431H dan memilih Dewan Kelab Sukan Penjara Kajang sebagai lokasi majlis. Kehadiran lebih 400 orang ahli PERSIAP termasuk Ahli Bersekutu dari cawangan-cawangan telah memeriahkan majlis sambutan ini. Ianya telah menjadi medan pertemuan dan membuka peluang untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli.

Di majlis ini juga turut diadakan, penyampaian sumbangan kepada anak-anak ahli PERSIAP yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pada tahun 2009. Seramai 101 orang anak ahli telah terpilih untuk menerima sumbangan ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan mereka. Mereka terdiri daripada 43 orang bagi kategori peperiksaan UPSR, 44 orang kategori PMR, 13 orang pelajar kategori SPM dan seorang STAM. Sumbangan yang diberikan kepada anak-anak ahli yang telah berjaya ini diharap akan menjadi insentif untuk meningkatkan motivasi mereka dalam usaha menuju kecemerlangan pendidikan.

PERSIAP juga telah memperkenalkan Anugerah Pelajar Gemilang dan adik Nur Ashikin bt. Aznan, anak kepada pasangan Puan Kamariah bt. Asim dan En. Aznan bt. Omar telah diumumkan sebagai penerima pertama anugerah ini. Pemilihan penerima anugerah ini bukan sahaja diukur dari aspek akademik tetapi juga aktiviti ko-kurikulum.

Kemeriahan sambutan lebih dirasai dengan persembahan nyanyian lagu-lagu bertemakan Hari Raya yang dipersembahkan secara karaoke dan secara ‘live’ dengan iringan Kombo Jabatan Penjara Malaysia.

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan