Bersempena dengan sambutan ulang tahun penubuhan PERSIAP Malaysia ke 21, PERSIAP cawangan Tawau telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431H.
Aktiviti yang bermula pada jam 2.30 petang dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh anak-anak kakitangan, bacaan Yassin dari ahli PERSIAP dan seterusnya majlis berbuka puasa dengan kakitangan Penjara Tawau.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Ar-Raudah Tawau yang telah disampaikan oleh Puan Ameyzarina Binti Badrin selaku Pengerusi PERSIAP cawangan Tawau.