Berita & Peristiwa 2010 Sambutan Ulang Tahun Penubuhan PERSIAP

Pada 21 Ogos 2010, genaplah 21 tahun PERSIAP ditubuhkan. Sempena meraikan ulang tahun ini, PERSIAP cawangan di seluruh Malaysia telah diminta untuk menganjurkan aktivti bersama ahli. Bagi menghormati hari ulangtahun yang jatuhnya di dalam bulan Ramadhan, maka acara yang diadakan lebih menjurus kepada aktiviti keagamaan.

Bertempat di Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kajang, pada 4 September 2010, Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunat berjemaah telah berjaya diadakan. Penyertaan bukan sahaja terdiri dari kalangan ahli PERSIAP cawangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Penjara Kajang tetapi juga dari cawangan berhampiran iaitu Penjara Sungai Buloh, Penjara Seremban dan Institut Pemulihan Dadah Jelebu. Kehadiran Ustazah Hazwani bt. Mohamad Nor, Ustazah Asiah bt. Al Kharibshah dan Ustazah Zakiah bt. Che Rashid dari JAKIM telah banyak membantu mengendalikan aktiviti yang dijalankan.

Bermula pada jam 9.15 pagi, seramai 30 ahli PERSIAP (6 orang dari setiap cawangan) yang telah selesai bertadarus seterusnya khatam Al-Quran di bawah pimpinan Ustazah Hazwani bt. Mohamad Nor. Selesai majlis khatam Al-Quran, ahli-ahli PERSIAP yang hadir telah menunaikan Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Tasbih berjemaah.

Semoga PERSIAP akan terus utuh dan bergerak seiring peredaran zaman.

 

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan