PERSIAP Tawau telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan PERSIAP Sabah 2010 kali ke-5. Sukan ini telah berlangsung dari 06 hingga 08 Ogos 2010 yang dirasmikan oleh Puan Aemyzarina Bt Badrin merangkap Pengerusi PERSIAP Tawau mewakili Pengerusi PERSIAP Negeri Sabah.
Penyertaan dianggotai oleh PERSIAP Tawau, PERSIAP Kota Kinabalu, PERSIAP Keningau dan PERSIAP Sandakan. Sebanyak 5 acara yang dipertandingkan iaitu; bola jaring, badminton, bola tampar, futsal dan tarik tali.
Bil Acara Pemenang
1. Bola Jaring Tawau
2. Badminton Tawau
3. Bola Tampar Sandakan
4. Futsal Sandakan
5. Tarik Tali Tawau
Juara keseluruhan disandang oleh pasukan PERSIAP Tawau, tempat ke-2 pasukan PERSIAP Sandakan, tempat ke-3 pasukan PERSIAP Kota Kinabalu dan tempat ke - 4 oleh pasukan PERSIAP Keningau.
Sepanjang kejohanan berlangsung, ianya telah berjaya menerapkan semangat kesukanan di kalangan peserta, mengeratkan silaturahim di kalangan isteri, anak dan anggota wanita seterusnya menerapkan budaya hidup sihat di dalam kehidupan seharian.
Majlis perasmian penutupan sukan tersebut telah disempurnakan oleh PKK Mohd. Sabri Bin Yaacob, Pengarah Penjara Sabah bertempat di Dewan Wawasan Taman Ehsan pada 08 Ogos 2010. Antara acara yang dipersembahkan pada malam tersebut ialah tarian Igal-Igal dan tarian Jai Ho oleh anak-anak PERSIAP Tawau, persembahan karaoke dan persembahan setiap kontinjen yang bertanding.