Berita & Peristiwa 2010 PROGRAM MANJADIRI NONA BERSAMA PERSIAP

Pada 24 Julai 2010, bertempat di Penjara Dusun Dato’ Murad, PERSIAP dengan kerjasama pihak Penjara Wanita Kajang, Penjara Dusun Dato’ Murad, Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Penjara Sungai Udang dan Institut Koreksional Malaysia telah mengadakan PROGRAM MANJADIRI NONA BERSAMA PERSIAP. Program yang dimulakan dengan aktiviti senamrobik seawal jam 8.30 pagi ini disertai oleh ahli PERSIAP dari cawangan-cawangan seluruh institusi Jabatan Penjara Malaysia. Aktiviti ini turut disertai oleh Y.Bhg. Datin Wira Hjh. Noraini Hj. Man, Yg. Dipertua PERSIAP dan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi PERSIAP.

 

 

Aktiviti sehari ini diteruskan dengan pertandingan memasak yang mendapat kerjasama dan penajaan dari Adabi Consumer Sdn. Bhd, PETRONAS dan Majalah RASA.  Sebanyak 31 pasangan telah menyertai pertandingan ini dan ianya turut disertai oleh ahli persatuan wanita dari negeri Melaka, antaranya dari Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) cawangan Selandar.  Pertandingan memasak yang menggunakan bahan asas utama ikan patin dan ayam kampung telah diadili oleh Chef Raman bin Abu Semah dari Adabi Consumer Sdn. Bhd dan dua juri dari Majalah RASA, Puan  Norhayati bt. Rahim dan Puan Harlina bt. Kassim.

 

Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut :
Tempat pertama – Puan Wan Norliah bt. Wan Dagang & Puan Norsalina bt. Ahmad dari PERSIAP Penjara Alor Setar (menu : Masak Lemak Cili Padi Ayam Kampung Citarasa Desa)
Tempat kedua – Puan Norzarah bt. Abd. Hamid & Puan Elany Azmar bt. Azizan dari PERSIAP Penjara Seremban ( menu : Rendang Ayam Kampung Tahi Minyak)
Tempat ketiga – Puan Zura bt. Abdullah & Puan Rohana Naemat dari PERSIAP Penjara Seremban ( menu : Beriani Ayam Kampung Bonda)
Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Bhg. Datin Wira Hjh. Noraini Hj. Man, Yg. Dipertua PERSIAP.

 

Aktiviti ketiga pada program ini adalah ceramah kesihatan berkaitan penyakit kanser yang disampaikan Pegawai Perubatan NCSM, Dr. Dalilah Kamaruddin. Ceramah ini diadakan dengan kerjasama majalah NONA dan Majlis Kanser Kebangsaan.

 

Program ini telah dijalankan dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak.  Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah hadir bagi memeriahkan program dan juga kepada semua yang telah memberikan kerjasama dari awal hingga akhirnya.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan