Perlawanan Boling Puspanita KDN anjuran Biro Sukan cawangan kecil Puspanita Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan pada 26 Jun 2010. Perlawanan bermula pada jam 12.30 tengahari dan berakhir jam 3 petang, bertempat di Ampang Superbowl, Kajang, Selangor.
Acara dimulakan dengan pendaftaran penyertaan dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Puspanita KDN Ybhg Datin Zahrah Bt Hj Husin mewakili Pengerusi Puspanita KDN Ybhg Datin Seri Nabihah Bt Hj Hassan yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi. Terdapat lima penyertaan untuk kategori VVIP dan 31 penyertaan untuk kategori ahli Puspanita.
Johan untuk kategori VVIP dimenangi oleh Pengerusi Puspanita cawangan kecil Jabatan Pendaftaran Negara, Ybhg Datin Roba'aishah Bt Mohd Ghazali dengan jatuhan pin 466. Bagi kategori terbuka ahli Puspanita, johan disandang oleh Puan Azizah Bt Mohamad, ahli Puspanita Jabatan Imigresen dengan jatuhan pin sebanyak 519.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ybhg Datin Zahrah Bt Hj Husin. Semoga dengan aktiviti sukan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli Puspanita di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pemenang dan para peserta yang mengambil bahagian kerana menjayakan acara sukan boling ini.