Berita & Peristiwa 2010 Malam Mesra Dan Dialog Bersama Ahli Bersekutu Persiap Malaysia

Sempena Mesyuarat Agong EXPOAM (PERSATUAN BEKAS PEGAWAI PENJARA MALAYSIA) pada 26 Jun 2010, PERSIAP MALAYSIA telah mengaturkan perjumpaan dengan AHLI BERSEKUTU PERSIAP MALAYSIA. Kehadiran mereka bersama suami memudahkan perjumpaan ini dilaksanakan. Makan malam dan dialog telah diadakan di D'Jelapang Restoran, Bandar Baru Bangi.

Majlis ini dihadiri oleh Yang Dipertua Persiap Malaysia Ybhg Datin Wira Noraini Bt Hj Man, Naib Yang Dipertua Puan Norsina Bt Panot dan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Persiap Malaysia.

Hampir 80 orang jemputan telah berkumpul pada malam tersebut, pertemuan dengan sahabat-sahabat lama menjadikan suasana cukup meriah walaupun diadakan dalam keadaan yang sederhana. Mantan Yang Dipertua Persiap Malaysia iaitu Ybhg. Datin Hjh Habsah, Ybhg Datin Hjh Fatimah antara tetamu kehormat yang hadir, tidak ketinggalan mantan Setiausaha Agong Persiap Malaysia yang paling lama berkhidmat dan merangkap mantan Pengarah Penjara Wanita turut hadir memberi sokongan.

Kehadiran Ahli Bersekutu Persiap Malaysia dari zon utara, zon pantai timur, zon tengah dan zon selatan ini sesungguhnya membuka lembaran baru dalam hala tuju Persiap Malaysia untuk merealisasikan "KEBAJIKAN DIUTAMAKAN''. Kesempatan berjumpa dengan Ahli Bersekutu ini, Persiap Malaysia telah mengaturkan majlis dialog agar semua yang telah menjadi ahli mendapat manfaat dan menyusun aktiviti yang melibatkan Ahli Bersekutu dan Persiap Malaysia.

Tumpuan untuk mengutamakan kebajikan ahli menjadi agenda penting, iaitu ahli-ahli yang mengalami masalah kesihatan, akan diberi keutamaan serta mengaturkan ziarah bila berlaku kematian dan sebagainya. Semoga dengan hasrat murni ini perhubungan silaturrahim antara Ahli Bersekutu dengan Persiap Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia terus berpanjangan.

 

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan