Program ini telah dijalankan pada 27 Januari 2010 (Rabu) bertempat di Surau Al-Huda, Taman Gemilang, Jalan Salleh, Muar, Johor. Program ini bermula kira-kira jam 8.00 malam iaitu, selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah. Program ini adalah anjuran PERSIAP dan KASKAP PPA Muar.
Seramai tiga orang bayi telah dicukurkan rambut mereka oleh ustaz yang dijemput dari Yayasan Pembangunan Keluarga Johor Daerah Muar. Anak-anak kakitangan yang terlibat adalah :
• Noranisuwadah Bte Zakaria ( anak kepada TPP Zakaria Bin Mat Jusoh dan IP Norzeehan Bte Muhd Satar )
• Puteri Diana Natasha Bte Shahrul Hafizar ( anak kepada Wdr Shahrul Hafizar Bin Bahrin dan Pn Norazlin Bte Ahmad Juraimi )
• Muhammad Ammar Arifi Bin Johari ( anak kepada Kpl Johari Bin Kamali dan Pn Halimaton Bte Hasan )
Majlis diteruskan dengan acara selawat beramai-ramai serta majlis mencukur rambut bayi berkenaan. Rambut yang dicukur, ditimbang dan dinilaikan dengan harga emas semasa. Wang tersebut telah disedekahkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Hadirin yang hadir diraikan dengan jamuan makan. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.