Seiring dengan motto “Ilmu Dipertingkatkan, Kebajikan Diutamakan”, PERSIAP kini telah melantik seorang ahli sebagai Pegawai Kebajikan PERSIAP, khusus untuk mengambil berat isu-isu berkaitan kebajikan ahli-ahli PERSIAP dan keluarga mereka. Sehubungan itu, pada 26 Mei dan 9 Jun 2010 yang lalu, Majlis Tertinggi PERSIAP serta Pegawai Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia telah bekerjasama ‘turun padang’ bersama-sama menziarahi para ahli serta keluarga mereka yang kurang bernasib baik.
Menziarahi ahli-ahli PERSIAP Kajang yang mengidap sakit kronik dan anak –anak ahli yang istimewa pada 26 Mei 2010
Lawatan YDP PERSIAP Y. Bhg. Datin Wira Hjh. Noraini Bt. Hj. Man diiringi oleh Pengerusi PERSIAP Kajang, Pn. Hjh. Shakimah Bt. Abdullah untuk menziarahi adik Nabihah Bt. Mohd. Fadzin.
Ahli rombongan yang terdiri dari Pegawai Kebajikan Jabatan dan Ahli Jawatankuasa Kebajikan PERSIAP sedang berbual dengan adik Zarif Qayyum B. Azhar.
YDP PERSIAP Y. Bhg. Datin Wira Hjh. Noraini Bt. Hj. Man sedang bertanya khabar kepada Pn. Nor Aishafah Bt. Ahmad yang mengidap sakit jantung kronik.
Yg. Bhg. Datin Wira Hjh. Noraini serta ahli rombongan sedang berbual dengan ibu kepada adik Muhamad Hyrul Hamizan B.. Arbane.
Y. bhg. Datin Wira Hjh. Noraini sedang bermain dengan adik Muhamad Fawwaz B. Nazri.
Y. Bhg. Datin Wira Hjh. Noraini sedang berbual dengan Kak As, isteri Allahyarham PP Nazri (kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang)
Sesi bergambar bersama Tn. Amir Asmawai (bekas kakitangan Penjara Sungai Buloh) dan isteri Pn. Shini.