Berita & Peristiwa 2010 Ziarah Ke Rumah Ahli Persiap Taiping

Sempena Mesyuarat MT Bil. 2/2010 dan aktiviti Biro Pendidikan PERSIAP MALAYSIA pada 28-29 Mei 2010, satu lawatan ke rumah ahli telah di susun oleh PERSIAP TAIPING dan PERSIAP PLPP. Selaras dengan hala tuju PERSIAP MALAYSIA, ''ILMU DI PERTINGKATKAN, KEBAJIKAN DI UTAMAKAN'', Persiap kini peka dengan apa juga masalah ahli di peringkat cawangan.

Lawatan ini turut di hadiri oleh Yang Dipertua Persiap Malaysia, Ybhg. Datin Wira Hjh Noraini Bt. Hj Man, Pengerusi Persiap PLPP Puan Zaiton Bt. Shamsuddin serta AJK Persiap Taiping dan AJK Persiap PLPP. Ybhg Datin Wira dan ahli Persiap dibawa melawat ke tapak rumah KIP Saruddin B. Jusoh di Taman Palma, Kemunting, Perak yang mengalami kebakaran pada 21 Mac 2010. Rumah KIP Saruddin kini dalam proses membaiki struktur rumah yang mengalami banyak kerosakan. Sementara rumah siap dibaik pulih KIP Saruddin kini menyewa rumah di taman perumahan yang berdekatan.

PERSIAP MALAYSIA telah melancarkan kutipan derma dari seluruh cawangan untuk membantu KIP Saruddin sekeluarga. Semuga hasil sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu. Ybhg. Datin Wira mewakili seluruh ahli PERSIAP MALAYSIA telah menyampaikan sumbangan tersebut.

Lawatan yang seterusnya ahli Persiap berkesempatan melawat Puan Noraini Bt. Mat Saman yang mengidap B-cell Lymphoma IV B dan kini masih lagi menjalani rawatan di Hospital Ipoh, Perak. Ybhg. Datin Wira dan ahli Persiap mengambil peluang untuk bertanya khabar keadaan Puan Noraini sekarang. Alhamdulillah Puan Noraini semakin sihat dan sekarang dapat berehat di samping keluarga.

Lawatan berakhir jam 5 petang dengan iringan doa semuga ahli-ahli Persiap yang dilawati ini sentiasa tabah dan cekal selalu. Doa dari kami PERSIAP MALAYSIA sentiasa bersama semua.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan