Berita & Peristiwa 2010 Mesyuarat MT Bil 2/10 Dan Seminar Pemangkin Keluarga Bahagia

28-29 Mei 2010, bertempat di PUSAT LATIHAN PEGAWAI PENJARA, TAIPING.. PERSIAP MALAYSIA telah menjalankan Mesyuarat MT Bil. 2/2010 dan aktiviti BIRO PENDIDIKAN 2010. Yang Dipertua Persiap Ybhg. Datin Wira Hjh Noraini Bt. Hj Man, Naib Yang Dipertua Puan Norsina Bt Panot, AJK Majlis Tertinggi Persiap turut hadir. Mesyuarat MT Bil. 2/2010 telah dijalankan di Bilik Hang Tuah,PLPP dan dihadiri oleh 50 orang ahli mesyuarat.

Sebagai pengisian semasa mesyuarat MT dijalankan, aktiviti Biro Pendidikan dilaksanakan pada 29 Mei 2010, pendekatan di ambil supaya kehadiran ahli mendapat impak yang memberi faedah dan berkesan. Biro Pendidikan 2010 telah diberi tanggungjawab kepada Persiap Pokok Sena sebagai pengelola aktiviti dengan dibantu oleh Persiap PLPP. Kearah penjimatan perbelanjaan dan masa pergerakan kepada cawangan Persiap, maka PUSAT LATIHAN PEGAWAI PENJARA, TAIPING dipilih sebagai tempat menjalankan dua aktiviti serentak. Seramai 150 orang ahli Persiap menghadiri seminar ini.

Tajuk yang dipilih untuk seminar kali ini ialah, Wanita Dan Seksualiti- oleh Dr Zubaidah Bt. Md. Sani, 3G : Punca Dan Masalahnya- Dr Zamri B. Mansor dan Pengurusan Kewangan Dalam Institusi Keluarga disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Fauziah Bt. Zainal Abidin. Rumusan dari seminar ini banyak berkaitan dengan kesihatan wanita dan pengurusan kewangan wanita didalam keluarga. Semuga ahli Persiap mendapat ilmu yang memberi manafaat kepada diri sendiri dan keluarga. Sijil seminar telah disempurnakan oleh Ybhg. Datin Wira Hjh Noraini Bt. Hj Man.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan