Berita & Peristiwa 2010 Majlis Ramah Mesra Pengerusi Persiap Bersama Bekas Ahli Persiap Dan Ahli Persiap Penjara Pengkalan Chepa

Pada 23 Mei 2010 jam 9.00 pagi, bertempat di Dewan Tan Sri Murad Ahmad Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah berlangsung Majlis Ramah Mesra Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Hj. Man, Pengerusi PERSIAP Malaysia bersama bekas ahli-ahli PERSIAP yang bersara serta semua ahli PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa. Ketibaan Y.Bhg Datin Wira telah diberikan sambutan meriah oleh Puan Sharina bin Mohd Shafii , Pengerusi PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa serta seluruh warga PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa .

Di majlis tersebut Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Hj. Man telah melahirkan rasa terharunya kerana telah berpeluang berjumpa dengan seramai 60 orang bekas ahli PERSIAP bersara yang telah hadir memeriah majlis tersebut. Majlis juga diselitkan dengan penyampaian saguhati dari Persatuan Pegawai Penjara oleh Y.Bhg. Datin Wira kepada anak-anak kakitangan yang telah berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Sumbangan saguhati juga turut disampaikan oleh Y.Bhg. Datin Wira kepada balu bekas pegawai Penjara Rosli bin Hamzah yang meninggal awal tahun 2010.

Selesai majlis ramah mesra tersebut, Y.Bhg Datin Wira diiringi oleh Puan Sharina bt Mohd Safiie Pengerusi PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan serta AJK PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan meluangkan masa menziarahi adik Nur Ashikin bt Ahmad anak kepada ahli PERSIAP di Bachok kerana telah disahkan mengidap penyakit Kanser Tulang. Sempena lawatan tersebut Y.Bhg. Datin Wira telah menghulurkan sumbangan dari Tabung Kebajikan PERSIAP Malaysia dan sumbangan dari Tabung Kebajikan PERSIAP Pengkalan Chepa, Kelantan. Aturcara lawatan berakhir pada jam 2.00 ptg.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan